Dasar Privasi / Privacy Policy
Kemaskini terakhir: 2 September 2026
Ringkasnya: PBD Helper tidak mengumpul data murid. Nama, No. KP dan Tahap Penguasaan murid hanya dibaca dari dan ditulis semula ke SPPB (moeissppb.moe.gov.my), iaitu sistem yang anda sudah log masuk. Data murid tidak pernah dihantar ke pelayan kami. Tiada analitik pihak ketiga, tiada penjualan data. (Satu pengesahan lesen tanpa nama dihantar semasa anda mengisi keputusan PBD; lihat Seksyen 4. Pembelian lesen di laman web ini diterangkan di Seksyen 5.)
1. Pengenalan
PBD Helper ("Extension") ialah Chrome Extension yang membantu guru mengisi skor PBD (Pentaksiran Bilik Darjah): Tahap Penguasaan dan medan-medan wajib (Usaha Murid, Ulasan Guru, Intervensi, Kemahiran) dalam sistem SPPB (moeissppb.moe.gov.my). Dasar privasi ini menerangkan bagaimana Extension mengendalikan data anda.
2. Data Murid Kekal Dalam SPPB
Extension membaca senarai kelas (nama, No. KP, jantina, Tahap Penguasaan) terus dari halaman SPPB yang anda buka, dan menulis skor semula ke SPPB melalui butang “Simpan” sistem itu sendiri. Semua data murid ini bergerak hanya antara pelayar anda dan moeissppb.moe.gov.my; ia tidak dihantar, disimpan, atau dikongsi ke mana-mana pelayan PBD Helper.
Jika anda menggunakan ciri Excel Pukal, fail Excel diproses sepenuhnya secara tempatan dalam pelayar anda; ia tidak dimuat naik ke mana-mana pelayan.
Jika anda menggunakan ciri Cetakan Laporan, data laporan kelas (nama, No. KP, TP, ulasan)
dibaca dari halaman Laporan SPPB anda dan dipegang hanya dalam memori pelayar
(chrome.storage.session) untuk dipaparkan pada tab cetakan; ia dipadam apabila
pelayar ditutup, tidak ditulis ke storan kekal, dan tidak dihantar ke mana-mana pelayan.
Cetakan/PDF yang anda jana kekal pada peranti anda.
Untuk mengesan masalah, panel juga menulis satu log langkah tanpa nama ke dalam
memori sesi yang sama (chrome.storage.session) apabila ia membaca senarai kelas anda —
hanya nama langkah dan kod ralat, tiada nama atau No. KP murid. Ia turut hilang apabila pelayar ditutup
dan tidak pernah dihantar ke mana-mana pelayan.
Mulai v1.3, apa yang anda tetapkan dalam skrin Isi PBD (TP dan nilai yang anda taip sendiri) juga disimpan sebagai draf sementara dalam memori sesi yang sama supaya ia tidak hilang jika panel tertutup secara tidak sengaja. Draf itu hanya mengandungi nombor rujukan murid dan nilai yang anda pilih — tiada nama atau No. KP — dan dipadam apabila pelayar ditutup, apabila anda menekan Buang draf, atau sebaik sahaja murid itu berjaya ditulis ke SPPB.
3. Data Yang Disimpan Pada Peranti Anda
Extension menyimpan perkara berikut dalam chrome.storage.local (pada peranti
anda sahaja):
- Status lesen: Kunci lesen (jika dimasukkan) dan satu ID peranti yang dijana secara rawak. Ini digunakan untuk pengesahan lesen semasa anda mengisi keputusan PBD (lihat Seksyen 4).
- Perpustakaan ulasan & intervensi: Senarai ulasan boleh guna semula yang anda simpan untuk ciri Ulasan Guru Kelas, dan ayat intervensi yang anda taip sendiri dalam panel.
- Tetapan panel: Kemajuan Mod Panduan (langkah 1–4, pada pemasangan pertama) dan sama ada lajur Kemahiran dibuka atau ditutup.
- Rekod kelas yang telah diisi: Senarai nombor rujukan kelas (id kelas–mata pelajaran dalam SPPB) yang pernah diisi melalui panel, serta — untuk pengguna percuma — nama kelas percuma anda supaya panel boleh menamakannya. Tiada nama atau No. KP murid.
- Tetapan cetakan (pilihan): Nama Guru Besar — untuk dipaparkan pada cetakan laporan sahaja; kekal pada peranti anda dan tidak pernah dihantar ke mana-mana pelayan. Imej tandatangan Guru Kelas / Guru Besar pula tidak disimpan langsung: ia wujud hanya dalam memori tab cetakan dan terpadam sebaik sahaja tab itu ditutup — setiap jana baharu perlu ditandatangan semula.
Tiada data murid disimpan dalam storan tempatan.
4. Data Yang Dihantar ke Pelayan Kami
Extension menghubungi pelayan kami (davinhub-api.davin-making.workers.dev) untuk tiga
perkara. Ketiga-tiganya tidak melibatkan data murid:
- Lapor Masalah (pilihan): Apabila anda memilih untuk menghantar laporan, Extension menghantar nota yang anda taip, satu kontak pilihan (emel/Telegram) yang anda boleh tambah supaya kami boleh balas, versi Extension, pelan (Percuma/Pro), penanda produk ("PBD Helper"), dan jenis pelayar (user agent). Sebarang nombor KP 12 digit dalam nota ditapis secara automatik, dan dialog memberi amaran supaya anda tidak menulis nama atau No. KP murid. Tiada rekod murid dikumpul. Laporan ini juga mencetuskan satu pemberitahuan kepada pembangun melalui Telegram (kandungan sama), semata-mata untuk membantu kami membaiki masalah. Laporan yang dihantar disimpan selama yang perlu untuk menyelesaikan isu, dan boleh dipadam atas permintaan. Tiada apa-apa dihantar melainkan anda memilih untuk menghantarnya.
- Pengesahan lesen (semasa mengisi keputusan PBD): Untuk menyokong pelan Pro, setiap kali anda menekan “Tulis” bagi keputusan PBD (Tahap Penguasaan sesuatu kelas–mata pelajaran), Extension bertanya pelayan lesen kami sama ada kelas itu dibenarkan. Ia menghantar satu hash SHA-256 tanpa nama bagi ID pengguna SPPB anda sendiri, ID kelas (cmid), satu ID peranti rawak, kunci lesen jika ada, serta versi Extension. Tiada nama atau No. KP murid. Pengisian Ulasan Guru Kelas (percuma) tidak membuat sebarang panggilan pengesahan lesen. Pelan percuma dibenarkan untuk 1 kelas–mata pelajaran; pelan Pro (tanpa had) memerlukan kunci lesen yang sah.
- Semakan status lesen (baca sahaja): Apabila anda membuka panel atau bertukar tab SPPB, Extension menyemak pelayan lesen kami untuk mengetahui pelan anda (percuma atau Pro) dan memaparkannya di skrin Rumah panel. Ia menghantar hash SHA-256 tanpa nama yang sama bagi ID pengguna SPPB anda, penanda produk, kunci lesen jika ada, serta versi Extension — tiada nama atau No. KP murid. Semakan ini baca sahaja: ia tidak mendaftarkan kunci dan tidak menuntut kuota percuma. Hasilnya disimpan sementara (lebih kurang 10 minit) pada peranti anda supaya pertukaran tab tidak menghantar permintaan berulang.
5. Pembelian Lesen Pro (laman web)
Pembelian dibuat di laman web pbd.davinhub.com/beli, bukan di dalam Extension. Semasa membeli, anda memberikan alamat emel (wajib) dan nama (pilihan). Emel digunakan untuk menghantar kunci lesen dan resit, dan disimpan bersama rekod lesen anda di pelayan kami supaya kunci boleh dihantar semula atau rekod dipadam atas permintaan (lihat Seksyen 9). Pembayaran diproses oleh Billplz (FPX): butiran bank anda dimasukkan di halaman Billplz dan tidak pernah sampai ke pelayan kami. Resit dikeluarkan oleh EDUHELPER RESOURCES.
Laman web ini (pbd.davinhub.com) menghantar satu kiraan lawatan halaman ke pelayan kami untuk statistik penggunaan: laluan halaman dan halaman perujuk sahaja, tanpa cookie dan tanpa sebarang pengenalan pengguna. Ia tidak dikaitkan dengan akaun SPPB atau kunci lesen anda. Extension sendiri tidak mempunyai sebarang analitik.
6. Data Yang TIDAK Dikumpul
- Kami tidak mengumpul atau menyimpan data murid (nama, No. KP, Tahap Penguasaan, ulasan) di mana-mana pelayan.
- Kami tidak menggunakan cookies penjejak atau analitik pihak ketiga (satu-satunya kiraan ialah lawatan halaman laman web tanpa identiti, Seksyen 5).
- Kami tidak menjual atau memindahkan data pengguna kepada pihak ketiga.
7. Kebenaran Extension
- sidePanel: Memaparkan antara muka Extension sebagai panel sisi di sebelah halaman SPPB. Tiada data diakses oleh kebenaran ini.
- scripting: Untuk menyuntik enjin Extension ke dalam halaman moeissppb.moe.gov.my bagi membaca halaman SPPB yang anda buka, termasuk mengenal pasti kelas–mata pelajaran yang sedang dibuka, membaca senarai kelas, dan menulis skor. Pada halaman laporan PBD kelas anda sendiri, Extension turut memaparkan satu kad pintasan kecil pada skrin (dengan lencana pada bar alat) yang membuka panel sisi — pintasan untuk kemudahan sahaja: ia hanya menambah kad itu sendiri dan tiada yang lain, tidak membaca data halaman, tidak mengubah data laporan, dan tidak menghantar apa-apa. Skrip hanya berjalan pada moeissppb.moe.gov.my.
- storage: Untuk menyimpan status lesen (kunci + ID peranti) pada peranti anda. Tiada data murid disimpan.
- host (moeissppb.moe.gov.my): Untuk membaca senarai kelas anda sendiri dan menyimpan skor, dalam aplikasi SPPB yang anda sudah log masuk.
- host (davinhub-api.davin-making.workers.dev): Untuk pengesahan lesen (setiap kali mengisi), semakan status lesen (baca sahaja), dan ciri pilihan “Lapor Masalah” sahaja. Lihat Seksyen 4.
8. Keselamatan
Semua komunikasi menggunakan HTTPS. PBD Helper hanya menulis melalui butang “Simpan” SPPB yang sebenar dan tidak pernah menekan “Hantar” secara automatik, jadi kelas anda tidak akan dikunci.
9. Hak Pengguna
- Memadam Extension akan mengosongkan semua data tempatan (status lesen) serta-merta.
- Anda boleh menghubungi kami untuk memadam rekod lesen anda (jika ada).
10. Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan mengenai dasar privasi ini:
Cikgu Davin
Emel: [email protected]
Web: davinhub.com
11. Perubahan Dasar
Dasar privasi ini mungkin dikemaskini dari semasa ke semasa. Perubahan akan diumumkan melalui kemaskini Extension dan di halaman ini.