Isi skor PBD di SPPB,
dalam minit bukan jam.

Tetapkan TP untuk satu kelas dalam beberapa klik; Usaha, Ulasan dan Kemahiran mengikut TP. Semak dahulu apa yang akan ditulis, tulis, kemudian setiap murid dibaca semula dari SPPB.

Anda sedang menggunakan telefon?

PBD Helper hanya boleh dipasang pada komputer (Chrome, Edge, Brave atau Opera), bukan pada telefon. Kongsi pautan ini ke WhatsApp atau e-mel anda, kemudian buka di komputer.

Percuma untuk 1 kelas-subjek · Chrome, Edge, Brave, Opera.

Tiga perkara yang PBD Helper tidak akan buat

Alat yang menulis ke SPPB bagi pihak anda perlu jelas tentang hadnya.

Tidak akan

Menekan “Hantar”

Ia menulis hanya melalui butang “Simpan” SPPB yang sebenar dan tidak pernah menekan “Hantar” secara automatik. Kelas anda tidak dikunci; simpanan separa dibenarkan.

Tidak akan

Menulis ganti kerja anda

Hanya murid yang belum ada TP, atau yang anda ubah kali ini, ditulis. Ulasan yang anda taip sendiri di SPPB dikekalkan. Kelas yang sudah dihantar atau disahkan ditanda dikunci: lihat sahaja.

Tidak akan

Mengeluarkan data murid

Nama dan No. KP murid kekal dalam SPPB dan pelayar anda. Pelayan lesen hanya menerima cincangan (hash) tanpa nama. Dasar privasi.

Empat perkara yang ia buat dengan baik

Bukan senarai ciri yang panjang. Hanya bahagian kerja PBD yang paling memakan masa.

Semak & sahkan

Lihat apa yang akan ditulis. Kemudian lihat apa yang benar-benar tertulis.

Sebelum apa-apa ditulis, skrin “Semak sebelum tulis” menyenaraikan berapa murid akan ditulis, medan demi medan, dan apa yang tidak disentuh. Anda tekan Tulis hanya selepas angka itu betul.

Selepas simpan, setiap murid dibaca semula dari SPPB dan ditanda ✓ disahkan atau ✗ perlu semak, dengan butang “Cuba lagi” untuk yang gagal. Mesej “Berjaya” sahaja tidak cukup.

Halaman PBD di SPPB dengan panel sisi PBD Helper selepas menulis: kad Selesai 12 daripada 12 disahkan dan tanda hijau disahkan bagi setiap murid.
Satu kelas, ikut lajur

Isi TP sahaja. Yang lain mengikut.

Skrin Isi PBD dibahagi kepada lajur TP · Usaha · Ulasan · Intervensi. Usaha, Ulasan dan Kemahiran bahasa dicadangkan mengikut TP dan ditanda auto sehingga anda ubah sendiri.

Tapis kepada murid yang Belum ada TP, tekan satu nombor pada baris “Semua: 1–6”, dan seluruh senarai terisi. Selepas itu ubah yang perlu, seorang demi seorang.

Halaman PBD di SPPB dengan panel sisi PBD Helper di sebelahnya: lajur TP, pil penapis Belum / Sudah / Semua dan baris Semua 1 hingga 6.
Excel pukal · Pro

Banyak kelas? Isi di rumah, muat naik sekali.

Jana fail Excel memuat turun satu fail dengan satu tab untuk setiap kelas–mata pelajaran. Isi TP sahaja, tanpa Wi-Fi sekolah; Usaha dan Ulasan terisi automatik mengikut TP.

Muat naik semula, semak senarai kelas, kemudian tulis kelas demi kelas dengan pengesahan yang sama. Butang “Berhenti selepas kelas ini” ada bila-bila masa.

Halaman senarai PBD di SPPB dengan panel sisi Excel pukal: tiga kad bernombor, 1 Jana fail Excel, 2 Isi dalam Excel, 3 Muat naik semula.
Percuma untuk semua

Ulasan Guru Kelas dan Cetakan Laporan

Guru kelas? Pilih murid, pilih ulasan dari senarai atau taip sendiri, dan tulis sekali gus, dengan pengesahan baca semula seperti biasa. Ada Excel pukal khas untuk guru kelas juga.

Cetak laporan PBD & Kemahiran seluruh kelas, setiap murid satu muka surat, siap tandatangan digital. Data dipaparkan 1:1 dari SPPB. Kedua-duanya percuma dan tidak dikira dalam had pelan.

Halaman Pengurusan PBD di SPPB dengan panel sisi Ulasan Guru Kelas: senarai murid bertanda, Set Ulasan dan butang Tulis ulasan ke SPPB.

Tiga langkah

Dari log masuk hingga setiap murid disahkan.

1

Buka panel, pilih tugas, pilih kelas

Log masuk SPPB dan klik ikon PBD Helper. Skrin Rumah menyenaraikan tugas: Isi PBD, Excel pukal, Ulasan Guru Kelas, Cetak Laporan. Pilih kelas terus dalam panel; tab SPPB dibawa ke halaman yang betul.

2

Set TP, semak, tulis

Set TP setiap murid atau tekan satu nombor pada baris “Semua: 1–6”. Tekan “Semak sebelum tulis”, baca ringkasannya, kemudian Tulis. Setiap murid ditanda ✓ atau ✗ selepas dibaca semula.

3

Banyak kelas: Excel pukal

Jana fail Excel, isi TP di rumah, Muat naik semula, semak senarai kelas, tulis. Satu fail meliputi semua kelas–mata pelajaran anda.

Skrin Rumah panel PBD Helper: kad tugas Isi PBD kelas ini, Excel pukal, Ulasan Guru Kelas dan Cetak Laporan PBD, setiap satu dengan baris status.

Sekali bayar. Bukan langganan.

Mula percuma dengan 1 kelas-subjek. Pro membuka semua kelas anda dan mengikut akaun MOEIS, bukan komputer.

Percuma

Cuba semua ciri pada satu kelas
RM0
1 kelas-subjek
  • Rumah, pilih kelas, set TP1–TP6, “Semua: 1–6”
  • Usaha, Ulasan dan Kemahiran mengikut TP
  • Semak sebelum tulis, sahkan setiap murid
  • Ulasan Guru Kelas, tanpa had
  • Cetakan Laporan PBD, tanpa had
Pasang percuma

Pro

Untuk semua kelas anda
RM59
Sekali bayar · terikat pada akaun MOEIS anda
  • Semua ciri Percuma
  • Tanpa had kelas-subjek
  • Excel pukal untuk semua kelas sekali gus
  • Tukar peranti tanpa set semula
  • Sokongan terus daripada pembangun
Beli Pro — RM59

Pembayaran melalui Billplz (FPX). Kunci lesen bermula dengan PBDH- dihantar ke emel anda; tampal ke dalam panel dan tekan “Aktifkan”.

Soalan lazim

PBD Helper ialah extension Chrome (panel sisi) yang membantu guru mengisi skor PBD di sistem SPPB, juga dikenali sebagai MOEIS atau IDME. Panel dibuka dengan skrin Rumah: pilih tugas, pilih kelas, kemudian tetapkan Tahap Penguasaan (TP1 hingga TP6) untuk satu kelas penuh; Usaha, Ulasan dan Kemahiran bahasa dicadangkan mengikut TP. Sebelum apa-apa ditulis, skrin “Semak sebelum tulis” menunjukkan apa yang akan ditulis. Ia berfungsi pada Chrome, Edge, Brave dan Opera di komputer, bukan pada telefon atau Safari.

Tidak. PBD Helper ialah alat bantuan bebas yang dibina oleh Cikgu Davin, dan tidak berafiliasi, ditaja atau disahkan oleh KPM/MOE atau sistem SPPB. Ia hanya menulis melalui butang “Simpan” SPPB yang sebenar, tidak pernah menekan “Hantar” secara automatik, dan semua data murid kekal dalam SPPB.

Ya. Tiada nama atau No. KP murid dikeluarkan dari peranti anda. Extension hanya menulis skor melalui butang “Simpan” SPPB yang sebenar, dan semua data murid kekal dalam SPPB. Pelayan lesen hanya menerima cincangan (hash) SHA-256 tanpa nama serta ID peranti. Baca dasar privasi penuh di pbd.davinhub.com/privacy.

Percuma membolehkan anda mengisi 1 kelas-subjek dengan semua ciri: set TP, “Semak sebelum tulis”, Tulis dan pengesahan baca semula; Ulasan Guru Kelas dan Cetakan Laporan percuma tanpa had. Pro (RM59, sekali bayar) membuka penggunaan tanpa had kelas-subjek serta Excel pukal untuk semua kelas sekali gus. Beli di pbd.davinhub.com/beli melalui Billplz (FPX); kunci lesen bermula dengan PBDH- dihantar ke emel anda. Tampal kunci itu ke dalam panel PBD Helper dan tekan “Aktifkan”.

Boleh. Lesen Pro terikat pada akaun MOEIS anda, bukan pada komputer: tukar komputer atau pelayar, aktifkan semula dengan kunci yang sama dan teruskan. Satu kunci Pro terikat pada satu akaun MOEIS; akaun kedua perlukan kunci sendiri. Selepas kedua-dua akaun mempunyai kunci, anda boleh bertukar akaun dengan bebas; Pro mengikut akaun yang sedang log masuk.

PBD Helper tidak akan mengunci kelas anda: ia hanya menulis melalui butang “Simpan” dan tidak pernah menekan “Hantar” secara automatik, dan simpanan separa dibenarkan. Kelas yang sudah dihantar atau disahkan ditanda dikunci sejak skrin Rumah dan butang tulis dimatikan; kelas itu tetap dimuatkan ke dalam fail Excel sebagai rujukan, dan Cetakan Laporan masih boleh dijana.

Sejak versi 1.3, panel bermula dengan skrin Rumah: pilih tugas (Isi PBD, Excel pukal, Ulasan Guru Kelas atau Cetak Laporan PBD), kemudian pilih kelas. Pelayar anda mengemas kini extension secara automatik. Untuk menyemak versi, buka chrome://extensions (Edge: edge://extensions). Untuk mengemas kini serta-merta, hidupkan “Developer mode” (Chrome: kanan atas) dan tekan Update.

Mod Panduan menunjukkan 4 langkah ringkas untuk mula mengisi PBD. Ia hanya muncul secara automatik pada kali pertama extension dipasang. Untuk membukanya semula, tekan “Mod Panduan” di bahagian bawah panel.

Saya bina PBD Helper untuk diri sendiri dahulu. Klik radio TP, buka dialog Ulasan dan Kemahiran satu per satu, untuk berpuluh murid dan beberapa kelas. Kerja yang berulang dan memenatkan.

Sekarang bahagian itu selesai dalam beberapa klik. Saya kongsi dengan guru-guru lain supaya masa itu kembali kepada murid, bukan kepada borang.

Cikgu Davin · Guru, Sarawak · davinhub.com

Ada soalan? Emel [email protected]. Saya balas peribadi; tiada chatbot, tiada nombor tiket.

Pasang dari Chrome Web Store